Assalamualaikum dan selamat pagi semua....
WELCOME DAN SELAMAT PULANG KE KEMAMANGGGG....
Syabas dan tahniah kepada yang telah berjaya mengambil masa dan bercuti demi untuk anak anak tercinta.... melawat ibu bapa tercinta di kampung halaman..... dan demi meraikan majlis saudara mara dan sahabat handai...... semoga ganjaran meraikan kasih sayang demi orang orang yang di sayangi di sekeliling akan mendapat ganjaran yang terbaik d sisi Allah....
INN SHAA ALLAH WHAT YOU GIVE YOU WILL GET BACK........
OOOHHHhhhhh.....!!!!.....sudah pasti NURYA HOMESTAY menunggu untuk menyempurnakan lagi percutian dan program anda untuk lebih baik dan menenangkan.
Ketenangan di NURYA HOMESTAY menanti kedatangan anda........

SEBUAH HOMESTAY DI KEMAMAN

 

NURYA HOMESTAY
No.13296 , LORONG SOLEHAH
1A/2 ,DESA SOLEHAH
KAMPUNG MAK CILI
24000 KEMAMAN , TERENGGANU

WELCOME TO NURYA HOMESTAY 
KETENANGAN INI MENANTI KEDATANGAN ANDA

Inginkan penginapan yang lengkap dan selesa di sekitar Bandar Chukai , Kemaman
Nurya Homestay bersedia menerima kunjungan dari anda.....

Lokasi:
terletak di pinggir bandar chukai iaitu di Taman Desa Solehah , Mak Cili .Rumah Bernombor 13296.

Kemudahan yang disediakan :
1)3 bilik tidur :
 - bilik 1(1 katil queen)
 - bilik 2 & 3 (2 katil bujang)
 Setiap bilik dilengkapi dengan  selimut,tuala dan kelengkapan solat
(extra bantal & 2 toto)
-2 bilik air(di setiap tingkat)
2)Peralatan yang disedia:-
tv beserta Astro,kipas syiling,seterika,peti sejuk,mesin basuh,cerek elektrik,periuk nasi elektrik,pembakar roti,peralatan makan minum.
3)Perabot yang disedia:-
Katil,almari,kabinet dapur,sofa,meja makan dan ampaian.
4)Bahan minuman kopi,teh & gula disediakan.

Lokasi berhampiran :-
1)5minit Bandar Chukai
2)20mini1 Pangkalan Bekalan Kemaman(KSB)
3)25minit Kaw Perindustrian Telok Kalong
4)45minit Kaw Perindustrian Kerteh
5)3minit  Zoo Kemaman
6)1minit  Seven Eleven
7)kedai Dobi,kedai runcit(kurang dari 1 minit)
8)30minit Giant Supermarket
9)35minit Mesra Mall
10)Pusat Pengajian:-
Ranaco Training Centre - 15 minit
Tati Universiti - 25 Minit
KKTM - 20 minit

Kadar Sewaaan RM150/sehari + Deposit RM50
Untuk Booking RM50
Bank in to MBB163028713842 / CIMB7049641391
Penama Akaun : Suliana Binti Ali
Setelah bank in sila sms ke 012-9897518 :   
Nama penuh /Ic no /tarikh masuk /tarikh keluar

Bayaran dibuat ketika Check In
Untuk Muslim Sahaja
Untuk pertanyaan/booking Sila hubungi : 012-989 7518(Yana)
Salam....semua

jom CUTI-CUTI KEMAMAN...... pastinya NURYA HOMESTAY  akan melengkapkan percutian indah anda di KEMAMAN........   

Ape CUTI-CUTI KEMAMAN......?   Meh saya bagitau.......

Tempat-tempat menarik...di Kemaman
Pantai-pantai........Pantai Telok Maknik(Monica Bay)
                            Pantai Telok Kalong
                            Pantai Telaga Simpul(Pantai Marina)

Air terjun dan Jeram........
Jeram Tanduk....Kampung Air Putih
Kepada yang gemar berekplorasi dan menjejak jeram... melalui perkampunganAir Putih adalah jalan masuk utama ke banyak lagi jeram yang masih terpelihara keindahan... tapi maaf saya tak berapa ingat nama-nama jeram lain walau sendiri pernah berpengalaman menghilir beberapa jeram... jeram tanduk adalah jeram yang
pertama dan yang paling dekat sebab itu ia agak popular.....

Hutan Lipur Menderu...Kampung Chabang,Kerteh

Jeram Penitih...Seri Bandi

Sungai Yak Yah,Ibok....Aktiviti melihat kelip-kelip di waktu malam...

Zoo Kemaman.... Aktiviti mengenal dan melihat alam Flora dan Fauna...
Ikan Air Tawar besar..... menanti kedatangan anda...
Jambatan gantung , taman orkid , Taman pebagai spesis burung  dan ayam...

Kuala Kemaman..... Pusat perikanan utama di Kemaman...
                                Peluang untuk mendapatkan Ikan Segar untuk di bawa pulang...
Pasar Ikan Segar Kuala Kemaman menanti anda di samping menikmati keindahan laut permandangan di Muara Kuala Kemaman...
    
Makanan Popular di Kemaman.... 
Otak-otak Ikan Terengganu
Satar ...
Pelbagai kerepok

Pelbagai Deretan kedai menanti anda

Pasar petang Binjai... 
terdapat pelbagai kuih muih dan makanan tradisional....dari negeri Terengganu
Juga pelbagai sayuran-sayuran dan ulaman-ulaman kampung yang mungking tiada di jual di bandar
Bermula sekitar petang 3 petang dan ditutup sebelum magrib...

Bandar Chukai yang Indah dan menarik mananti anda...antaranya..
Menu Kopitiam yang sudah berpuluh tahun terkenal di kemaman dengan Roti bakar dan Kopinya..
Di mana ye... antara yang tertua... Kedai kopi Hai Peng...
Banyak Kedai-kedai membeli belah pakaian dan pelbagai dengan harga murah dan berpatutan..
Jangan Lepaskan Peluang untuk bersiar di Pasar malam Besar setiap hari Khamis di Padang Astaka,bandar Chukai...sambil bersiaran di Taman Bandar....

Taman Rekreasi Bakau Tinggi....
Terletak di tepi sungai.....
Menikmati hidangan di Restoran terapung (Kayak Cafe) di Bakau Tinggi......
Pengalaman sendiri... Makan di waktu petang dalam suasana senja yang indah amat menenangkan.
Untuk lebih lagi kenangan boleh mencuba untuk aktiviti berkayak yang disediakan oleh pihak restoran...  Kepada kaki pancing jangan lepaskan peluang untuk melontar umpan anda di sini.....
 
Okey..... macam mana.... CUTI-CUTI KEMAMAN saya ini...

ada satu lagi.... dengar cerita ada  satu tempat kat kemaman ada kolam air panas.... tapi saya sendiri belum penah pergi.....dan belum ramai lg yang tahu... nanti kalau saya dah explore.... i will share with you all......

Ok Setakat Ini sahaja yang boleh kongsikan untuk kali ini , kiranya ada terlebih dan terkurang mohon maaf dari saya......

Selamat Datang Ke Kemaman.... dan Terutama Sekali Ke NURYA HOMESTAY........

Sekian......Yana